Followers

Sunday 4 November 2012

Bermula la kisahnya...

Assalamualaikum wbt...

First time buat blog...macam xtau je nk citer apa, tp untuk permulaan ni...kena perkenalkan diri dulu,
kalau kt rumah aku biasa dipanggil dengan panggilan isz...tp kalau kt mana2, byk jgk panggilan yg digunakan pd aku...
dalam blog nie, aku gelarkan diri aku sbg aku je la ye...sbb aku tetap aku (mcm tajuk lagu la plk), aku x akan berubah jadi org lain melainkan aku sendiri yg ubah...

untuk entry aku yg pertama ni, aku nk kongsi citer pasal sejarah terjadinya ibadah korban...
disebabkan kita baru je selesai ibadah korban beberapa hari yg lalu, aku pilih tajuk ni sbb mungkin ramai yg xtau sejarah permulaan korban nie...
tp untuk yg dah tahu tu, kalau aku ada yg terlepas pandang...tegur2 la ye...insyaAllah kita sama2 tegur-menegur dan kongsi-mengongsi (verb baru dlm b.malaysia,hehe...).
nie kisah betul, bukan rekaan ye...


Kisahnya bermula macam nie...


Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih
anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.” 

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Kisah Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.” Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya.

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.” Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. 

Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya. Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran

Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Kisah nie kita patut hayati bersama... Ketaatan seorang hamba terhadap Allah S.W.T, melangkaui sayangnya seorang ayah terhadap anaknya...macam tu la kita patutnya sayang kepada Allah S.W.T. Besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah  dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Harap kita sama2 ambil iktibar tentang kisah nie...
untuk hari nie, aku stop kt sini dulu...
rest untuk citer seterusnya, tu pn kalau aku ada idea,hehe...
insyaAllah idea sentiasa ada...

No comments: